AI dan Mesin Penerjemahan
Dalam konteks pembelajaran bahasa, kecerdasan buatan (AI) berperanan menambah baik dan mentransformasi kaedah pembelajaran tradisional menjadi kaedah pembelajaran yang interaktif. Dunia pendidikan mampu berikan pengetahuan kepada pelajar dengan memanfaatkan teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI). Namun, pemanfaatan teknologi kecerdasan buatan ini tidak bertujuan menggantikan peranan pendidik atau guru kerana kepentingan pendidik untuk membangunkan keterampilan, pengetahuan dan akhlak, menjadi kunci kepada matlamat pendidikan. Kemampuan kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja boleh membentuk ayat dalam bahasa Arab tetapi juga mampu menterjemahkan teks bahasa Arab ke dalam pelbagai bahasa yang lain. Kecerdasan buatan (AI) dalam terjemahan seperti Google Translate, Microsoft Translator dan Deeply mampu menterjemahkan teks bahasa Arab ke dalam bahasa yang dikehendaki oleh pelajar. Namun begitu, kualiti terjemahan yang terhasil ...